Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Rabu, 28 Julai 2010

Kek Marble Cheese Coklat

Kali ni nak try buat Kek Marble Cheese Coklat pulak.....Nampak macam best ja bila selak2 internet nih.....Depa buat memang best......lawaaaaaaa ja......tapi bila aku buatttttt, hampehhhh.....hahaha......try la dulu kannnn.....baru komen....Ni resepinya.....

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung, baking powder, serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darjah cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.



Jadi ker???......hahaha.....orait la tuh.....rupa memang huduh....tapi rasanyaaaaaa.....memang sedap..... 



Jumaat, 9 Julai 2010

Nasi Lemak Sambal Udang & Udang Goreng Tepung

Nak masak lauk apa pun dah tak tau......Buat nasi lemak jer lah....Anak-anak kat rumah ni paling suka dengan Nasi Lemak......sampai Along suggestkan suruh buka Restoran Nasi Lemak.....hahaha......iyolah.....syoq jugak kalau buka restoran dan laku macam nasi lemak kampung baru tuh......Ni resepi nasi lemak.....

Bahan :
Beras (basuh dan toskan)
Daun pandan (siat-siat dan simpulkan)
Santan cair
Halia (ketuk)
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Minyak masak/planta
Garam
Gula

Cara :
Panaskan minyak atau planta. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, halia dan daun pandan. Masukkan santan. masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih. Masukkan beras. Kacau sedikit. Masakkan nasi macam biasa.


Ni resepi Sambal Udang pulak....

Bahan :
Cili kering (rebus dan mesin dengan bawang besar)
Udang
Air asam jawa
Garam
Gula
Sedikit belacan (tak mau letak pun tak apa)
Bawang besar (potong bulat untuk hiasan)
Bawang merah & bawang putih (tumis)

Cara :
Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili kisar. Masakkan hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kalau suka, masukkan sedikit belacan. Kacau rata.Masukkan udang. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air. Biarkan sehingga naik minyak. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Untuk resepi udang goreng tepung, boleh tengok kat sini --->>>  Cendawan Goreng Tepung




 


Sabtu, 3 Julai 2010

Lasagna

Lasagna....makanan Italy...dekat pizza la selalunya dok makan.....tapi anehnya...aku tak makan Lasagna kat pizza tu.....tekak aku tak boleh masuk....tak tau kenapa....aku rasa cheesenya tu yang buat aku tak boleh masuk....Baru-baru nih aku tengok gambar mms adik aku bagi......gambar Lasagna suami dia buat (adik ipar aku laaaa).....macam menarik jaaa.....tengok bahan-bahan dia pun boleh tahan......mahal-mahal belaka....hehehe....cara buat pun macam renyah jer.....tak pa lah....try jer lah.....aku tak makan...cik abang & anak-anak makan.....hehehe....tapi aku try decorate supaya aku boleh makan jugak......

Bahan-Bahan:
1 kotak instant Lasagna sheet
Mozarella Cheese (Jenis Shredded Cheese)

Sos Daging/Ayam:
1 blok daging/ayam kisar RAMLY
1 tin cendawan butang potong dadu (kalau nak bubuh la)
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh (kalau nak pedas…x mau tak apa)
2 sudu besar tomato pure/tomato potong dadu
1 botol sos spaghetti KIMBALL
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Cara :
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Biar hingga naik bau dan layu. Masukkan cili boh & tumis sampai kering. Masukkan daging cincang dan biar hingga empuk. Masukkan sos spaghetti, tomato puri, lada hitam, oregano, gula dan garam. Masukkan cendawan butang. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging/ayam untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven. Tips, buat sos ni lebih rasa manis dari masin sebab nanti cheese dah masin.

Sos Putih/Sos keju:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
500ml susu full cream (½ kotak susu yg besar)
2 sudu besar mozarella cheese
sedikit lada sulah & garam

Cara:
Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Tutup api. Masukkan susu dan gaul hingga sebati.Masukkan cheese, lada sulah dan garam. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas).

Cara Melapis Lasagna:
1.Lapiskan instant lasagna sheet di dalam bekas. *Sebelum tu, rendamkan lasagna sheet tu dalam bekas berisi air suam (dalam 10 minit)-agak2 banyak mana nak guna
2. Kemudian, buat satu lapisan nipis sos daging/ayam di dalam loyang.
3. Tuang sos putih/sos keju ke atas lapisan sos daging/ayam tadi.
4. Taburkan Mozarella Cheese.
5. Ulang semula langkah 1-4 berulang kali hingga habis.(lebih kurang 3 lapisan)
6. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos putih/sos keju, taburkan mozarella cheese rata-rata sampai penuh.
7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak.


Tu diaaaaaa.....bila baca nih sikit punya panjang cara dia rasa macam malas nak buat kan.....tapi sebenarnya senang jer.... Ni kat bawah ni gambar bahan-bahannya....Lasagna ni belum dibakar lagi.....


Ni sos daging/ayam & sos putih/keju



Ni pulak cara nak melapis lasagna

1) Lapis instant lasagna sheet dalam bekas 
*rendam dulu lasagna bagi lembut sikit dalam air suam agak2 10 minit)


2) Lapis sos daging


3) Lapis sos putih/sos keju


4) Taburkan Mozarella Cheese



Ulang step 1-4 sampai habis bahan. Lapisan atas sekali mesti diakhiri dengan taburan Mozarella Cheese....Taburkan sampai penuh bekas...


 Lepas tu bakarlah......jangan ralit sampai cheese atas tu terhangit pulak......


Ni dia hasilnya.....Akhirnya Lasagna yang aku buat boleh pulak aku makan....hehehe...yang paling suka si Along la......tak sangka pulak penggemar masakan tradisional ni suka pulak dengan makanan moden nih....hehehe





Khamis, 1 Julai 2010

Nasi Ayam Penyet

Dah lama teringin nak buat nih....tengok2 dalam fotopages penggemar2 memasak & blog resepi.....tak tahu pulak bagaimana rasanya yang sebenar sebab dekat Manjung ni tak ada lah pulak restoran yang jual nasi ayam penyet nih.....So....try jer lah buat walaupun tak tau rasa sebenarnya macam mana.....hahaha....Minta halallah pada mereka-mereka yang diambil resepinya ya......Dah tergedik-gedik sangat nak buat.....tempe dan tauhu goreng tak sempat nak diadakan.......makan jer lah apa yang ada......ayam pun tak sempat nak perap lama....cuma beberapa jam jer perap ayam tu.....kalau nak sedap, perap semalaman barulah sedap.....


Ni resepi Ayam dan Sambalnya

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup & utk masak nasi)

½ sudu besar Jintan Manis – goreng x minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng x minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng x minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung jagung

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu(tak de pun tak pe)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung jagung.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Penyetkan/ketukkan ayam dengan pisau pemotong sebelum dihidangkan.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
1 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, ngkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
5. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
7. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa


Ni resepi Nasi dan Supnya

Untuk Nasi

Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, kulit kayu manis,bunga lawang & daun pandan. Masukkan sedikit planta. Kacau rata & tutup penutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Untuk Sup

Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup/kiub sup & Masak hingga mendidih. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang merah, bawang putih dan tuang dlm kuah sup. Tambah garam. Masa menghidang hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.


Sedap jugak sebenarnya.....ayam tu kena ketuk2/penyet2 dulu....sebab tu dipanggil penyet agaknya....hahaha....tak tau la apa asal-usul sebenarnya....

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...