Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Isnin, 24 Januari 2011

Spaghetti Goreng

Wah...dari semalam teringat2 nak makan spaghetti goreng ni....Tapi semalam malas betul nak masuk dapur....Hari ni, balik ja dari sekolah terus masuk dapur keluarkan apa2 yang patut....jadik.....dapat makan spaghetti hari ni.....perut pun lapar...cuaca pun mendung dan hujan....kena dah la tu....canteeekkkk sangat...Bahan2 pun bukannya ada sangat....aku bubuh jer ayam dan sayur campur....senang....

Bahan :
1/2 paket spaghetti 
Ayam  (potong kecil)
2 ulas bawang putih  (hiris kecil)
1 biji bawangbesar (hiris kecil)
Cili kering mesin 
Sos tiram  
Kicap
Telur(kalu nak bubuh la)
Garam
Sos Cili
Sedikit cuka
Gula
Sayur Campur
Daun sup/daun bawang(hiasan)

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili mesin dan garam serta gula. Tunggu sehingga cili masak. Masukkan ayam. Bubuh kicap, sos cili, cuka & sos tiram. Masukkan sayur campur.
Masukkan spaghetti.Gaul rata dan rasakan garamnya.Hidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang, cili hidup, bawang goreng dan telur.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...