Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Khamis, 19 April 2012

Kek Coklat Moist Kukus

Wahhhhh...4 assignment nak kena hantar Sabtu ni....aku masih berpoya2 cari gali & menerai resepi....hehe......Sambil2 buat assignment (tinggal 1 jer pun yg belum siapppppp)......aku terjumpa resepi ni kat Laman My Resepi.....topping dia memang besttttttttttttttttt sangat......


Bila baca2...selidik2....wahhhh......gila senang nak buatnyaaaa......bahan2 pun semua ada.....tak percaya, cuba klik sini....Resepi Ck Ila Ahmad...tq pd tuan punya resepi sebab sudi kongsi resepi kek yg mudah & sedap pulak tu......tak pikir panjang, siap masak tgh hari, terus buat kek ni.....Kat sini pun aku letak resepinya.....


 Hasil keratan rentas

BAHAN A

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

BAHAN B

3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

TOPPING 

2 SB serbuk koko
4 SB gula
3 SB susu pekat manis
5 SB susu cair
1 SK vanilla essence
3 SB marjerin
1 SK garam
1 1/2 cwn air panas
3 SB tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air

CARA-CARA

Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair. Sejukkan.

Pukul telur. Masukkan bahan A. Kacau hingga sebati.
Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.

Griskan loyang, tuang dlm loyang. Kukus 1 jam dengan api sederhana. Petua untuk air kukusan tidak mengalir kena adunan kek, bungkus penutup periuk dgn kain bersih - saya guna napkin baby yg belum guna, kemudian ikat/punjut bhgn ats. Ataupun letak kertas aluminium atas adunan kek-just letak saja jangan klim tepinya.

TOPPING

Masukkan kesemua bahan topping ke dalam periuk kecuali 1/2 cawan air bancuhan tepung jagung. Didihkan.

Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau hingga likat. Angkat dan siram atas kek yang sudah masak. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti ais selama 2-3 jam sebelum makan lagi sedap.

Ni adunan sebelum dikukus...

 Selepas kukus jadi cam ni...

 Dah diterbalikkan....

Adik tak sabar nak ngapppp...
 
Dah boh topping.....sememeh jer aku buat....hahahaha....yg penting sedappppp....




Psssttt--->>>Senang jerkan......kan dah kata tadi.......x nak letak topping pun ok dahhhh....


Rabu, 11 April 2012

Kek Karamel

Memang dah lama teringin nak buat kek ni....Tapi bila melihatkan bahan2nya dan cara2nya....wahhh...macam cerewet jer.....Tapi sebenarnya tak pun....Lagi2 kalau tgk blog Kak Ita Masam Manis.....lagi mudah....sebab Kak Ita tunjukkan cara membuatnya step by step....



Resepi ni pun aku ambil dari blog Masam Manis Kak Ita ler...Nak lagi best, pergi tengok blog Kak Ita....mesti melopong menengoknya....gambar2 masakan kat blog Kak Ita.....wahhhhhh....lawa2 betul....Semua kek2 yang dia buat memang cantik2 belaka.....khayal sekejap bila masuk situ.....


Kat sini pun aku letak resepinya....Selamat mencuba....rugi kalau tak cuba....

Bahan/Cara Buat Gula Hangus

-2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.


Bahan/Cara Buat Karamel 
(aku buat double supaya lebih tebal karamelnya)

-1/2 tin susu cair
-70g gula castor
-1/2 sudu teh esen vanilla
-3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacau telur dan esen perlahan. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1

-70g gula kastor
-3 biji telur kuning
-135ml air
-45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2

-140 gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak. Masukkan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Bahan/Cara Buat Merinque 

-6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
-70g gula castor
-1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.




Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang- belangkan adunan. Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan kuning di tengah-tengah lapisan hijau.
 
 
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah sahaja.

Guna Kaedah Steam Bath 


Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.


Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Bila terbalikkan, jadi la cam ni.....


Dah sejuk, baru boleh potong....
 

Layer kat dalam...
 

Nak tau sedap ke tak....tanya adik....sampai terbeliak biji mata makan kek ni...hehe...



Psssttt--->>>Seronoknya bila kek menjadi....



Jumaat, 6 April 2012

Sagu Gula Melaka

Ini adalah makanan kegemaran anak2 dan mamanya...sedap betul dapat makan sagu ni dalam keadaan sejuk2....tak tergambar betapa bestnya....hahaha....salah satu dessert yang paling best....sedap gilerrrr....


Sebenarnya kalau gantikan santan dengan susu cair lagi best rasanya....cer try.....Resepi ada kat bawah....



Bahan:
2 cawan sagu biji

5 cawan air
Gula melaka dijadikan sirap (masak atas api)

-Guna gula merah pun boleh
Santan (masak atas api + sedikit garam) @ gantikan dgn susu cair (x perlu garam)

Caranya:
Mula2 masak gula melaka/gula merah dengan sehelai daun pandan sampai menggelegak dan gula tu cair. Sejukkan.
Pastu rendam dua cawan sagu kira2 30 minit.
Selepas itu, jeranglah lima cawan air dalam periuk. Kalau nak pewarna, letak pewarna yg disukai.
Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.

Bila dah cukup jernih, tuangkan sagu ke dalam petapis dan lalukan ke air paip hingga semua cairan sagu hilang dan yang tinggal hanyalah biji sagu yang dah kembang.
Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, keluarkan sagu, letak dalam mangkuk. 
Tuangkan santan/susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
Kalau nak sejuk, letakkan sedikit ais.



Psssttt--->>>Pasti nak buat lagi lepas ni....sebab kak ngah dah suruh beli sagu masa ke kedai hari tu.....hehe....Nampak sangat feveret diaorang.....



Khamis, 5 April 2012

Lychee Kang

Teringat2 Lychee Kang yang kami buat ramai2 masa kenduri mak saudara dulu...Boleh tengok entry ni untuk mengimbau masa lalu.....Memang besttt....

Kalau ke kedai, mmg suka order Lychee Kang....Lagi best kalau buat sendiri....boleh bubuh macam2....sesuka hati.....anak2 pun berulang2 minum Lychee Kang ni....time panas2 badan memang syioooqqqq...


Nak lagi bestttt....campurkan sikit air aiskrim soda....memang betul....bila campur tu....lychee kang jadi lagi bestttt.....

Bahan A:
Sagu Mata Ikan @ Sagu Besar(x perlu basuh, rebus dlm periuk, bilas dan toskan)
-ada jugak dah dijual siap kat supermarket)
Logan Kering (kopek kulitnya, keluarkan bijinya, basuh, rebus hingga kembang dan lembut + sedikit gula)
Biji kembang semangkuk (rendam dalam air suam sampai kembang, buang biji dan kulitnya)
Biji selasih (rendam dalam air sampai kembang)
Buah halwa kundur (potong kecil)
Cincau (cincang)
Kekacang (kacang goreng)
Kismis
Buah pala sagat
Lychee (ambil air dan buah)
Nata de Coco
Ais batu
Aiskrim soda

Bahan B:
Sedikit sahaja gula melaka atau gula merah(tak letak pun tak apa)
Guna gula putih sahaja pun ok (ada juga yang letak gula batu)
Daun pandan (tak ada pun tak apa)

Cara:
Masak bahan B untuk jadikan air gula.
Ambil mangkuk, isikan bahan2 A serba sedikit. Masukkan air aiskrim soda sedikit (jgn banyak sgt). Masukkan air gula. Campurkan ais batu. Dah siap.



Psssttt--->>>Boleh juga guna bahan2 lain kalau nak....Bahan A tu kalau ada yg x nak masukkan pun ok...Ikut kesukaan masing2.....


Isnin, 2 April 2012

Kerabu Suhun

Tak pernah buat kerabu ni....asal-usul tetiba teringin nak buat bila tgk kawan2 berpusu2 cuba buat dan postkan gambar kerabu ni kat wall facebook masing2....timbul keterujaan aku untuk mencuba.....memang sedap...aku lebih suka meratah daripada makan dengan nasi...



Terima kasih pada Nora...kawan dari sekolah rendah lagi...hasil resepi dialah ni yang aku cuba buat....tapi aku olah sikit...Kat sini aku letak resepinya....

Bahan :
Suhun
Cili padi (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun sup (hiris)
Tomato (hiris)
Sotong (potong bulat dan rebus)
Air asam limau
Sedikit belacan
Garam
Gula
Udang (Perap dengan garam, lada sulah dan belacan....kemudian grill)..Aku panggang dalam pan tak melekat tu jer...

Cara :
Rebus suhun tu sampai masak. Lepas tu tos dgn penapis dan curahkan air paip. Tos sampai air kering. Masukkan suhun dalam pinggan. Campurkan air asam limau, sotong, sedikit belacan, garam, gula, bawang, cili padi, tomato, daun sup dan udang grill(potong kecil). Gaul rata. Hidangkan.



Psssttt--->>>Senang jer...kan...kan....ratah2 gitu lagi best....


Daging Masak Hitam

Dalam seminggu dua ni usah ditanya....memang resepi & gambar dulu kala....dah berkurun dalam kamera....baru nak timbulkan sekarang....Yang ni resepi Daging Masak Hitam.....sumbernya aku copy dari Chef Hanieliza melalui blog beliau...Hanieliza's Cooking...klik jer link tu kalau nak tengok blog beliau...

Rupanya.....Memang hitam rupanya....macam namanya....Sengaja x meletak hiasan....anak2 tak suka....

Kat sini pun aku letak resepinya...

Bahan-Bahan:
500 gm daging [dipotong nipis]
1 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/k serbuk jintan putih ] bancuh dgn air rebusan
4 s/b minyak masak
5 s/b kicap pekat
1/2 cawan jus asam jawa

Bahan Mesin:
15 ulas bawang merah (aku ganti dengan 2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
3 sm halia
15 tangkai cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan jintan yg dibancuhkan hingga wangi.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut.
4. Bila sudah lembut masukkan kicap.
5. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.
6. Bila telah masak boleh hidangkan.


Psssttt--->>>Boleh la try ye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...